12 PATI sembunyi di kawasan paya bakau dicekup

Sebahagian PATI yang ditahan polis berhampiran Jeti Nelayan Assam Jawa pada Isnin.
Sebahagian PATI yang ditahan polis berhampiran Jeti Nelayan Assam Jawa pada Isnin.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seramai 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang bersembunyi di kawasan paya bakau berhampiran Jeti Nelayan Assam Jawa di sini ditahan polis dalam Op Nyah pada Isnin.

Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 4, Superintendan Rizal Mohamed berkata, kesemua mereka ditahan kira-kira jam 6.45 pagi.

Menurutnya, PATI yang ditahan membabitkan sembilan lelaki dan tiga wanita berusia 25 hingga 57 tahun.

"Pemeriksaan lanjut mendapati kesemua individu yang ditahan gagal mengemukakan sebarang dokumen perjalanan yang sah.

"Mereka dipercayai baru masuk ke negara ini melalui laluan yang tidak diwartakan iaitu jalan laut dengan menggunakan bot," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Rizal berkata, tangkapan dibawa ke Balai Polis Kuala Selangor untuk tindakan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63.

"Kesemua tangkapan akan menjalani ujian saringan Covid-19 bagi mencegah penularan virus dalam kalangan pesalah dan juga pasukan polis," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!