Parlimen sambut Hari Komanwel esok

Azhar Azizan Harun
Azhar Azizan Harun
A
A
A

KUALA LUMPUR - Parlimen Malaysia akan menyambut Hari Komanwel 2022 pada Rabu bagi meraikan kepelbagaian jalinan persefahaman antara negara anggota Komanwel.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, sambutan yang dianjurkan oleh Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Malaysia (CPA Malaysia) antara lain bagi meraikan sumbangan Komanwel untuk mewujudkan persekitaran global yang harmoni.

“Sukacita dimaklumkan pada Isnin minggu lalu adalah sambutan Hari Komanwel 2022.

"Bertemakan 'Delivering a Common Future', Malaysia yakin serta komited untuk bekerjasama dengan negara anggota Komanwel ke arah mencapai keamanan sejagat dan kemakmuran bersama.

"Ini terutama bagi menangani perubahan iklim, mengukuhkan tadbir urus dan meningkatkan perdagangan pelbagai hala,” katanya sebelum sesi pertanyaan-pertanyaan menteri di Dewan Rakyat pada Selasa.

Mengulas lanjut Azhar Azizan berkata, Malaysia yakin Komanwel mampu menangani wabak Covid-19 menerusi perkongsian inovatif serta pendekatan baharu bagi melindungi kesejahteraan bersama.

"Sambutan Hari Komanwel 2022 peringkat Parlimen Malaysia akan diadakan esok, 23 Mac 2022, anjuran CPA Malaysia.

"Justeru saya menyeru agar semua ahli Yang Berhormat bersama-sama menjayakan program ini nanti," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!