City cipta sejarah tersendiri muncul kelab terkaya di dunia

Manchester City juara EPL 2020/21
Manchester City juara EPL 2020/21
A
A
A

BUAT pertama kali, Manchester City 'diangkat' sebagai kelab bola sepak terkaya selepas menjana pendapatan tertinggi di dunia pada musim 2020/2021 yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Menurut laporan Liga Kewangan Bola Sepak Deloitte, City berjaya merekodkan hasil pendapatan sebanyak €644.9 juta (RM2.98 bilion) sepanjang musim lalu bagi memintas kelab gergasi Sepanyol, Barcelona.

Jumlah itu naik 17 peratus berbanding musim sebelumnya, sekali gus melonjakkan City daripada kedudukan keenam ke tangga teratas dalam senarai 20 kelab yang menjana pendapatan tertinggi dalam bola sepak dunia.

City yang dibiayai bilionair Abu Dhabi, Sheikh Mansour bin Zayed Al Nahyan merupakan kelab keempat yang berjaya menduduki ranking teratas itu selepas Real Madrid, Barcelona dan Manchester United.

Dalam pada itu, Real dengan jumlah pendapatan €640.7 juta menduduki tangga kedua diikuti Bayern Munich (€611.4 juta), Barcelona (€582.1 juta) United (€558 juta) dan Paris Saint Germain (€556.2 juta).

Liverpool (€550.4 juta) dan Chelsea (€493.1juta) masing-masing menduduki tangga ketujuh dan kelapan diikuti Juventus (€433.5 juta) dan Tottenham Hotspur (€406.2 juta) bagi melengkapkan 10 kedudukan teratas.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!