Multiple Hans, IPVLed Lichttechnik, SMK Electronics tandatangani MoU
KLANG - [DIKEMAS KINI] Multiple Hans Sdn Bhd bersama IPVLed Lichttechnik Pte Ltd dan SMK Electronics (M) Sdn Bhd pada Selasa menandatangani memorandum persefahaman (MoU) strategik bagi mewujudkan kerjasama dalam menerokai pemasaran IPVLed di Malaysia serta Asia.
SMK Electronics (M) Sdn Bhd merupakan milik SMK Electronics Corporation dari Jepun manakala IPVLed Lichttechnik pula merupakan syarikat dari Singapura.
Pengasas Multiple Hans Sdn Bhd, Chia Yu Yu berkata, matlamat kerjasama antara tiga syarikat dari Malaysia, Singapura dan Jepun itu bertujuan mengumumkan bahawa syarikatnya kini layak memasarkan produk IPVLed.
Ujar Yu Yu, IPVLed Lichttechnik dapat menawarkan jaminan produk lebih lama serta memenuhi keperluan pelanggan.
"Ini adalah kerjasama kali pertama Multiple Hans dengan dua syarikat ini tetapi kami yakin dengan kaliber SMK Elektronics yang sudah beroperasi di Tokyo, Jepun sejak 93 tahun lalu.
"IPVLed Lichttechnik menyediakan teknologi untuk SMK Electronics yang akan menjadi pengeluar produk di jamin berkualiti manakala Multiple Hans pula akan memasarkan produk ke sektor kerajaan dan swasta," katanya ketika berucap pada majlis menandatangani MoU itu.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Multiple Hans, Jason Tan; Pengerusi Multiple Hans, Tengku Datuk Dr Hishammuddin Zaidi Tengku Azman Shah Al Haj; Pengarah IPVLed Lichttechnik Pte Ltd, Wilson Teng.
Hadir sama, Pengarah Urusan SMK Elektronics (M) Sdn Bhd, Fumio Nozaki; Timbalan Presiden Angkasa dan Dr Mohd Azlan Yahya.
Mengulas lanjut, Yu Yu berkata, kerjasama melalui MoU itu membuka lebih banyak ruang projek dan inovasi antara ketiga-tiga syarikat berkenaan.
Menurutnya, ia termasuk dari aspek penggunaan teknologi diod pemancar cahaya (LED) yang lebih jimat dan bermanfaat kepada masyarakat.
"IPVLed Lichttechnik pula mempunyai teknologi unik dan bagus yang tidak perlu dipertikaikan lagi.
"Dengan kualiti dimiliki kedua-dua syarikat itulah maka tercetusnya perjanjian memorandum pada hari ini," ujarnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!