Hari Air Sedunia 2022
22 Mac 2022 08:26pm
Masa membaca: 4 minit
Penduduk tempatan, Mohd Zarif Atif Ismail, 26, mengambil bekalan air telaga menggunakan timba dari telaga lama warisan keluarganya yang berusia lebih dari enam puluh tahun, di perkarangan rumahnya di Kampung Batu Manikar ketika tinjauan sempena sambutan Hari Air Sedunia 2022 hari ini. - Foto Bernama.
Kontraktor bertugas, Mohd Aiman Haqim Zainal Abidin, 24 melakukan penyelenggaraan sistem menggunakan komputer di stesen telemetri milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Labuan ketika tinjauan sempena sambutan Hari Air Sedunia 2022 hari ini.
Stesen telemetri ini adalah sistem transit dan pengumpulan data yang biasanya digunakan dalam sistem pengurusan air. - Foto Bernama.
Hari Air Sedunia disambut pada 22 Mac setiap tahun untuk menghargai sumber air dan meningkatkan kesedaran krisis air antarabangsa selaras dengan matlamat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu: Air dan sanitasi untuk semua menjelang tahun 2030.
Tema Hari Air Sedunia 2022 kali ini adalah "Groundwater, making the invisible visible".
Air ialah sumber kehidupan yang merangkumi isi rumah, makanan, budaya, kesihatan, pendidikan, ekonomi, dan persekitaran semula jadi. Pengabaian salah satu daripada nilai-nilai ini akan meningkatkan risiko dalam salah urus sumber air. - Foto Bernama.