Bubar Parlimen: Masih ramai tidak faham had kuasa PM

Noh (tiga dari kiri) menyerahkan geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) bagi Parlimen Jerantut yang diterima oleh Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Pahang, Datuk Nazri Ngah (dua dari kiri) di Dewan Tun Razak, Temerloh pada Selasa.
Noh (tiga dari kiri) menyerahkan geran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) bagi Parlimen Jerantut yang diterima oleh Exco Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Pahang, Datuk Nazri Ngah (dua dari kiri) di Dewan Tun Razak, Temerloh pada Selasa.
A
A
A

TEMERLOH - "Masih ramai tidak faham mengenai had kuasa Perdana Menteri dan Perlembagaan Persekutuan," kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.

Noh yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO berkata, kuasa membubarkan Parlimen bukan di tangan Perdana Menteri, sebaliknya di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.

"Kita kena jelas bahawa dalam menentukan pembubaran Parlimen ini sudah termaktub dalam Perlembagaan.

"Dalam Perlembagaan (Persekutuan) Artikel 40 ialah kuasa kabinet untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong dan dalam artikel itu juga menyatakan kuasa mutlak Seri Paduka Baginda untuk boleh tidak membubarkan Parlimen," katanya selepas Majlis Penyerahan Bantuan Banjir Usahawan Keluarga Malaysia Parlimen Temerloh di Dewan Tun Razak di sini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai desakan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen.

Noh yang juga Pengerusi UMNO Selangor menjelaskan Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mutlak membabitkan pelantikan PM, pembubaran Parlimen dan mengadakan Mesyuarat Majlis Raja-raja dan kuasa itu tidak boleh dipertikaikan oleh sesiapa.

Dalam pada itu, beliau memberitahu UMNO boleh mencadangkan untuk membubarkan Parlimen, namun ia bukan bermakna kuasa membubarkan Parlimen diputuskan Ismail Sabri.

"Jangan salah faham, parti boleh buat cadangan (untuk bubarkan Parlimen) kepada Agong, Kabinet setuju untuk bubarkan (Parlimen), tapi ini adalah satu kuasa mutlak Agong.

Artikel Berkaitan:

"Selama ini kita senang dapat (keputusan) dalam satu parti, bila Perdana Menteri bawa maklum dalam kabinet (untuk bubar Parlimen) atau dia tak maklum pun tak apa sebab dia (PM) tahu dalam satu parti boleh menghadap Agong," tambahnya.

Ujarnya lagi, mengikut prosedur Perdana Menteri perlu membawa dalam mesyuarat Kabinet berhubung pembubaran Parlimen.

Menurutnya, apabila dipersetujui baharu ia dibawa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan Seri Paduka dan terpulang kepada Agong untuk membubarkannya atau tidak.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!