V Shem-Wee Kiong terus longlai
V Shem-Wee Kiong
A
A
A
Turun selaku pilihan ketiga, pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016 itu bagaimanapun terpaksa akur apabila dikejutkan pasangan bukan pilihan dari China, Huang Kaixiang-Wang Zekang 17-21, 16-21 dalam masa 31 minit.
Dengan kekalahan itu, V Shem-Wee Kiong terus kempunan untuk meraih gelaran juara sejak kali terakhir melakukannya pada saingan Siri Super Akhir 2016 di Dubai.
Turut tersingkir ialah beregu campuran, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei yang tewas kepada pasangan Korea, Choi Solgyu-Shin Seung 19-21, 11-21.
Kekecewaan dua pasangan utama negara itu bagaimanapun ditebus Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang mara ke suku akhir hasil kemenangan ke atas pasangan Korea, Jung Jae Wook-Kim Hwi Tae 21-17 21-19.
Mereka akan membuat perhitungan sama ada beregu Korea, Choi Solgyu-Seo Seung Jae atau rakan senegara, Chen Tang Jie-Man Wei Chong dalam perebutan ke separuh akhir.
Sementara itu, pemain perseorangan wanita, Goh Jin Wei yang masih segar dengan kejayaan muncul juara remaja dunia buat kali kedua, dua minggu lalu berjaya meneruskan kemaraan ke suku akhir.
Dia tidak berdepan masalah menewaskan pemain China, Zhang Yiman 21-16 21-15 dan akan menentang Chang Ying Li dari Taiwan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!