Ujian ALLAH ada sebabnya: Nurul Wahab
PENYANYI, Nurul Wahab meluahkan rasa syukur dan kagum kerana dikurniakan seorang anak perempuan yang sangat memahami situasi suatu ketika dia bercerai dengan bekas suami, Ajai.
Nurul mengakui tidak mudah bagi Ayu Nadirah berdepan dengan kemelut rumah tangganya, namun Ayu membuktikan dia seorang yang tabah dan cekal.
"Saya tahu ia tidak mudah untuk Ayu, tapi tengoklah sekarang bagaimana? Matang dan bijak "Terima kasih kerana hadir dalam hidup saya termasuklah keluarga kita, awak sememangnya seorang mentor.
Alhamdulillah," tulis Nurul di Instagramnya.
Kata Nurul lagi, apa yang berlaku dalam hidupnya pasti ada hikmah dan semoga coretan Ayu menjadi teladan buat anak-anak yang mengalami nasib sama.
"Kadang-kadang ujian ALLAH itu ada sebabnya. Walaupun sangat perit permulaannya. Semoga perkara ini dapat membantu anak-anak lain yang tengah bitter dan kecewa dengan masalah ibu bapa mereka.
"Kamu ada hidup yang harus dibentuk. Bukan terlekat di dalam masa yang memeritkan. Keluar dari situ dan bina diri kamu," akhirinya.
Terdahulu Sinar Harian melaporkan Ayu bagaimana dia melalui detik-detik perceraian Nurul dan Ajai.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!