Jepun beri bantuan kemanusiaan tambahan kepada Ukraine, negara jiran

FUMIO KISHIDA - Foto AFP
FUMIO KISHIDA - Foto AFP
A
A
A

TOKYO - Kerajaan Jepun akan menyediakan bantuan kemanusiaan tambahan kepada Ukraine dan negara jiran yang terjejas akibat konflik Rusia-Ukraine, kata Perdana Menteri Fumio Kishida pada Selasa.

"Memandangkan keperluan yang semakin meningkat untuk sokongan kemanusiaan di Ukraine dan situasi sukar yang dihadapi negara-negara jiran, kami akan menambah bantuan kemanusiaan," kata Kishida lapor Jiji Press.

Jepun sebelum sudah menyalurkan bantuan kemanusiaan kecemasan kepada Ukraine dan negara jiran bernilai AS$100 juta.

Kishida juga berkata kerajaan sedang mempertimbang rancangan untuk menyediakan perbelanjaan perjalanan dan perubatan kepada rakyat Ukraine yang ingin berpindah ke Jepun. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!