Sultan Ibrahim berkenan kurnia DMIJ kepada empat individu

Sultan Ibrahim berkenan mencemar duli memakaikan pingat DMIJ kepada Ashari pada sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Baginda Sultan Johor di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada Rabu.

A
A
A

JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Yang Kedua, Dato' Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang membawa gelaran Dato' kepada empat individu.

Pengurniaan darjah kebesaran itu diberikan sempena sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Baginda Sultan Johor yang berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene di sini, pada Rabu.

Mengetuai senarai penerima DMIJ adalah Pengarah Tanah dan Galian Johor, Ashari Kasnan diikuti Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), On Jabbar @ Ja'afar; dan Pegawai Daerah Muar, Mustaffa Kamal Shamsudin.

Sementara itu, seorang lagi penerima DMIJ yang membawa gelaran Datin Paduka adalah Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor, Suhailizan Suliman.

Sultan Ibrahim (tengah) berkenan berangkat ke sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Baginda Sultan Johor yang berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada Rabu.
Sultan Ibrahim (tengah) berkenan berangkat ke sambutan Hari Ulang Tahun Keputeraan Rasmi Baginda Sultan Johor yang berlangsung di Balai Mengadap Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada Rabu.

Berangkat sama pada majlis pengurniaan berkenaan adalah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim.

Pada majlis sama, Sultan Ibrahim turut berkenaan mengurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ) yang tidak membawa sebarang gelaran kepada empat individu.

Penerima SIJ melibatkan Pengarah Jabatan Laut Wilayah Selatan, Dickson Dollah dan Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Kluang (MPK) Norliyati Md Noor.

Artikel Berkaitan:

Turut menerima penganugerahan itu adalah Setiausaha Bahagian, ICT@Johor, Ungku Suzana Ungku Mohammad dan Timbalan Pengarah Pendidikan Agama, Jabatan Agama Islam Negeri Johor, Yosree Ikhsan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!