Tengku Amir berangkat dalam lawatan ke Ekspo 2020 Dubai

Tengku Amir Shah berkenan melawat Ekspo 2020 Dubai di UAE. - Foto Facebook Selangor Royal Office
Tengku Amir Shah berkenan melawat Ekspo 2020 Dubai di UAE. - Foto Facebook Selangor Royal Office
A
A
A

SHAH ALAM - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan berangkat ke Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi melawat Ekspo 2020 Dubai.

Selangor Royal Office dalam kenyataannya memaklumkan, semasa berada di Dubai, baginda berkenan berangkat ke Selangor Week, hasil inisiatif daripada Invest Selangor Berhad yang berlangsung di Malaysian Pavilion dari 6 hingga 12 Mac lalu.

"Baginda turut berangkat ke pavilion negara-negara yang turut menyertai ekspo berkenaan seperti Perancis, Jerman, Maghribi, Itali, Sepanyol, UAE, Qatar, Thailand dan United Nations (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).

"Antara topik-topik yang menarik perhatian baginda termasuk perubahan iklim, kelestarian alam sekitar, bio-diversiti dan kemapanan ekonomi sejagat," kata kenyataan itu dalam hantaran di Facebook pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!