JIPS terima laporan kematian tahanan dalam lokap

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) mengesahkan kematian orang kena tahan (OKT) di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang pada Rabu.

Timbalan Pengarah (Pematuhan Standard) JIPS Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya telah menerima laporan berkaitan kes kematian OKT itu pada jam 7.30 pagi.

"OKT adalah seorang lelaki berusia 59 tahun yang ditahan semalam, di bawah Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta yang sama," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Allaudeen berkata, OKT sepatutnya direman di mahkamah pada Rabu.

"Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS akan menjalankan siasatan berhubung kes itu," ujarnya.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!