Ukraine dakwa 15 komander tentera Rusia terbunuh

Alexei Sharov - Foto Twitter
Alexei Sharov - Foto Twitter
A
A
A

KIEV - Seorang komander tentera Rusia terbunuh dalam pertempuran di Ukraine, lapor tentera Ukraine dalam media sosial pada Selasa.

Komender itu, Kolonel Alexei Sharov menjadi pemimpin tertinggi tentera Rusia yang ke-15 maut setakat ini.

Sharov dilaporkan terbunuh di Mariupol yang mana lebih 100,000 orang telah terperangkap ketika tentera Rusia mengepung bandar tersebut.

Beliau juga ialah pegawai tentera Rusia berpangkat kolonel yang kelima mati sekali gus merupakan komander tentera itu yang ke-15 terbunuh di Ukraine, lapor akhbar The Sun.

Sharov maut selepas Kolonel Nikolay Ovcharenko iaitu Komander Rejimen Kejuruteraan ke-45 tentera Rusia terbunuh di negara berkenaan.

Beliau merupakan komander Briged Zhukov dalam Tentera Marin Rusia. - Agensi

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!