Wartawan Rusia terbunuh dalam pertempuran di Ukraine

Oksana Baulina - The Insider
Oksana Baulina - The Insider
A
A
A

MOSCOW - Seorang wartawan Rusia yang bekerja untuk saluran berita penyiasatan The Insider terbunuh ketika tentera Rusia menyerang sebuah kawasan perumahan di ibu negara Ukraine, kata laman berita bebas itu pada Rabu.

Menurut The Insider, Oksana Baulina yang pernah bekerja untuk kumpulan antirasuah pemimpin pembangkang Rusia. Alexei Navalny maut di Kiev akibat bedilan tentera Rusia.

Seorang lagi orang awam terbunuh dalam serangan itu, manakala dua lagi cedera.

Sebelum ini Baulina bekerja di Yayasan Pencegahan Rasuah Navalny sehingga ia diisytiharkan sebagai organisasi ekstremis pada tahun lalu menyebabkan beliau bertindak meninggalkan negara itu dan terus melaporkan mengenai rasuah di Rusia untuk The Insider.

Setelah Rusia menyerang Ukraine pada bulan lalu, Baulina telah membuat liputan berita dari Kiev dan Lviv di barat Ukraine.

"The Insider mengucapkan takziah kepada keluarga dan rakan Baulina," kata laman berita tersebut. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!