Agong perkenan empat akta diluluskan Parlimen

Mohd Rashid
Mohd Rashid
A
A
A

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan empat akta yang diluluskan pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke-14 yang lepas.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Mohd Rashid Hasnon berkata, ia membabitkan Akta Paten (Pindaan) 2022, Akta Kilang dan Jentera (Pemansuhan) 2022, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022 dan Akta Petunjuk Geografi 2022.

"Saya suka hendak memberitahu majlis ini iaitu Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan limpah kurnia Baginda telah memperkenankan akta-akta yang telah diluluskan oleh Parlimen ke-14 dalam Mesyuarat Kedua Penggal Keempat yang lalu," katanya.

Mohd Rashid berkata demikian pada permulaan persidangan Dewan Rakyat pada Khamis. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!