Perkhidmatan Google News dihadkan di Rusia

Rusia mengehadkan perkhidmatan Google News di negaranya kerana mendakwa ia menyiarkan maklumat palsu tentang Perang Ukraine. - Foto AFP
Rusia mengehadkan perkhidmatan Google News di negaranya kerana mendakwa ia menyiarkan maklumat palsu tentang Perang Ukraine. - Foto AFP
A
A
A

MOSCOW - Pihak penguat kuasa peraturan media Rusia telah mengehadkan akses Google News ke negara tersebut yang didakwa menyiarkan maklumat palsu mengenai serangan Rusia di Ukraine, lapor agensi berita Rusia pada Rabu.

Keputusan itu diambil berikutan permintaan yang dibuat oleh Pejabat Pendakwa Raya Rusia, menurut kenyataan pihak penguat kuasa peraturan media di negara berkenaan, Roskomnadzor.

Perkhidmatan berita dalam talian memberikan akses kepada banyak penerbitan dan bahan yang mengandungi maklumat palsu mengenai operasi ketenteraan khas di wilayah Ukraine, kata kenyataan itu.

"Google telah mengesahkan sejumlah orang sukar untuk mengakses laman web Google News di Rusia dan ia bukan disebabkan oleh masalah teknikal," kata jurucakap syarikat Google.

"Kami bekerja keras untuk memastikan perkhidmatan maklumat seperti berita dapat diakses di Rusia," tambah jurucakap berkenaan.

Sejak bermulanya campur tangan Rusia di Ukraine pada 24 Februari lalu, pemerintah Rusia bertindak memperketatkan kawalan terhadap maklumat di internet. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!