'Sembunyi bawah timbunan kayu elak dicekup'

Kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) diberkas untuk tindakan lanjut menerusi dua serbuan ke atas kilang di Jalan Langat serta Pandamaran, Klang, pada Rabu.
Kesemua pendatang asing tanpa izin (PATI) diberkas untuk tindakan lanjut menerusi dua serbuan ke atas kilang di Jalan Langat serta Pandamaran, Klang, pada Rabu.
A
A
A

KLANG - Taktik pendatang asing tanpa izin (PATI) menyorok di bawah timbunan kayu dan memanjat pagar zink kilang untuk meloloskan diri gagal apabila dicekup oleh pihak berkuasa dari Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Selangor di sini pada Rabu.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Selangor Dr Muhammad Syahmi Jaafar berkata, pihaknya melakukan operasi kira-kira jam 9 pagi dan berakhir kira-kira jam 4 petang

ke atas kilang di Jalan Langat serta Pandamaran, Klang.

"Terdapat seramai 150 warga asing terdiri daripada warga Indonesia, Bangladesh, India, Nepal, Myanmar, China serta Pakistan.

"Hasil serbuan, seramai 98 individu warga asing ditahan terdiri daripada 64 lelaki dan 34 wanita atas pelbagai kesalahan imigresen," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya, kesemua warga asing yang ditahan itu berumur antara 22 tahun dan 60 tahun.

"Antara kesalahan dikesan adalah tinggal lebih masa, tiada pas permit yang sah serta melanggar syarat pas dan permit.

"Tindakan diambil di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1969/63, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!