Wanita lemas ketika mandi di Gunung Ledang

Anggota bomba membawa mayat seorang wanita yang lemas ketika mandi di Air Terjun Gunung Ledang, Jalan Sagil-Jementah, Tangkak, pada Khamis.
Anggota bomba membawa mayat seorang wanita yang lemas ketika mandi di Air Terjun Gunung Ledang, Jalan Sagil-Jementah, Tangkak, pada Khamis.
A
A
A

TANGKAK - Seorang wanita lemas dipercayai ketika mandi di Air Terjun Gunung Ledang, Jalan Sagil-Jementah di sini pada Khamis.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tangkak, Pegawai Bomba Kanan I Hairulnizam Ridhuan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu pada jam 10.35 pagi.

Katanya, seramai tujuh anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian.

"Setibanya di tempat kejadian didapati seorang mangsa perempuan dewasa dipercayai lemas ketika beriadah di kawasan air terjun menurut maklumat saksi awam yang diterima.

"Hasil pencarian menggunakan kaedah 'surface searching' menemukan mangsa, Nurul Syafiqa Mokhtar yang berusia 21 tahun pada jam 11.38 pagi," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya, pemeriksaan pegawai perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia sebelum mayatnya dibawa turun ke kaki gunung.

Tambahnya, mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 12.54 tengah hari.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!