Penolong jurutera JAS Johor pengsan lepas terhidu bahan kimia
Pengarah JAS Johor, Datuk Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh yang dihubungi Bernama berkata, kejadian berlaku kira-kira 4 petang sewaktu lelaki berumur 30 tahun berkenaan sedang bekerja di makmal itu.
“Mangsa (penolong jurutera) pengsan disebabkan terhidu bau bahan kimia yang meruap naik, namun, dia kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk rawatan.
“Buat masa ini, makmal berkenaan ditutup sementara untuk sebarang kerja dan jenis bahan kimia tersebut sedang dikenal pasti,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Operasi merangkap Pegawai Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) Balai Bomba dan Penyelamat Larkin, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Hairinizam Mostapa berkata kejadian dilaporkan JAS kepada pihaknya pada 4.28 petang.
Berikutan itu, sembilan anggota bersama tiga jentera telah digerakkan ke lokasi untuk menjalankan operasi penyahcemaran.
“Pihak bomba telah mengarahkan pegawai JAS untuk membuat pengungsian (pemindahan) bangunan dan pada masa sama, membuat penyahcemar bagi mengekang sisa toksik (bahan kimia) tersebut daripada merebak,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata operasi bomba tamat pada 6.53 petang dan siasatan terhadap kes berkenaan masih lagi dijalankan sehingga kini. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!