Cari keluarga ibu kandung untuk ambil dua anak angkat

Dinda Nur Aisyah (kanan) dan Dinda Nur Syafilla kini dijaga Hairunniza sejak setahun lalu sebagai anak angkat.
Dinda Nur Aisyah (kanan) dan Dinda Nur Syafilla kini dijaga Hairunniza sejak setahun lalu sebagai anak angkat.
A
A
A

KOTA TINGGI - Seorang wanita dari Pasak, dekat sini sedang mencari keluarga ibu kandung kepada dua anak angkatnya untuk memudahkan proses dokumentasi di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Hairunniza Aini, 39, mahu menjadikan Dinda Nur Aisyah Rahmadani, 12, dan adiknya, Dinda Nur Syafilla, 9, sebagai anak angkat secara sah.

Dia mendakwa sudah memelihara kedua-dua beradik itu sejak kira-kira tiga tahun lalu selepas diserahkan oleh nenek mereka.

"Bapa mereka warga tempatan manakala ibu mereka warga Indonesia tetapi sudah meninggal dunia. Dua beradik ini diserahkan kepada nenek mereka yang merupakan warga tempatan selepas ibunya meninggal dunia.

"Bapanya tidak menjaga mereka kerana mempunyai masalah. Dua beradik ini tinggal bersama-sama nenek mereka sebelum kedua-duanya diserahkan kepada saya dan suami untuk dijaga sehingga kini," katanya ketika ditemui pada Khamis.

Dia mengenali ibu kepada kedua-dua beradik berkenaan semasa bersama-sama kerja di sebuah kilang di daerah ini.

Sejak memelihara dua beradik itu, dia dan suami sudah menganggapnya sebagai anak sendiri tambahan pula masih tidak mempunyai cahaya mata.

"Mereka sudah biasa dengan saya. Kami menjaga dua beradik ini dengan sepenuh hati dan menyayangi mereka seperti anak sendiri," katanya.

Artikel Berkaitan:

Bagi memboleh dia dan suami mengambil mereka sebagai anak angkat, pihaknya memerlukan kehadiran keluarga kepada ibu kandung kanak-kanak berkenaan di pejabat JKM daerah.

Tambahnya, ini bagi membantu urusan dokumentasi untuk mengambil mereka sebagai anak angkat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!