Mayat bergelang merah jambu ditemui terapung

Mayat lelaki bergelang pink ditemukan orang awam terapung di Sungai Perak di Teluk Intan pada Khamis. Foto: ihsan pembaca
Mayat lelaki bergelang pink ditemukan orang awam terapung di Sungai Perak di Teluk Intan pada Khamis. Foto: ihsan pembaca
A
A
A

TELUK INTAN - Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di Sungai Perak berhampiran Dataran Udang Galah di sini pada Khamis.

Mangsa berusia 54 tahun dipercayai masih dalam kuarantin selepas disahkan positif Covid-19 itu ditemui orang awam kira-kira jam 3.30 petang.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, pemeriksaan lanjut pada mangsa yang memakai baju berwarna hitam dan berseluar pendek itu tidak menemukan sebarang kesan luka luaran.

"Namun, pergelangan tangan kiri mangsa terdapat gelang plastik berwarna merah jambu milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan tarikh kuarantin bermula 18 hingga 24 Mac.

"Mangsa yang masih bujang tinggal sendirian di rumahnya di Jalan Woo Saik Hong di sini. Kali terakhir dihubungi ahli keluarganya pada Selasa lalu," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, mangsa disyaki mengalami tekanan akibat jangkitan Covid-19 yang dihadapinya.

"Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Teluk Intan dan bedah siasat akan dijalankan selepas menjalani ujian saringan Covid-19 bagi mengetahui punca kematian.

"Kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!