Pembelot Ukraine berdepan hukuman penjara sehingga 12 tahun

Anggota tentera Ukraine berdiri berhampiran sebuah gudang yang terbakar akibat dibedil Rusia di pinggir bandar Kiev. - Foto AFP
Anggota tentera Ukraine berdiri berhampiran sebuah gudang yang terbakar akibat dibedil Rusia di pinggir bandar Kiev. - Foto AFP
A
A
A

KIEV - Penggubal undang-undang Ukraine pada Khamis mengundi untuk menghukum individu yang bersekongkol dengan Rusia dan bakal berdepan hukuman penjara sehingga 12 tahun.

Anggota Majlis Tertinggi Ukraine atau Verkhovna Rada mengundi secara besar-besaran untuk mengenakan hukuman 10 hingga 12 tahun bagi ‘aktiviti membantu negara penceroboh’.

Aktiviti tersebut termasuk, menyokong pihak musuh atau melaksanakan arahan, mengumpul serta memindahkan dana atau harta kepada musuh dan kerjasama lain.

Mereka yang bersubahat juga dilarang menjawat jawatan di sektor kerajaan sehingga 15 tahun dan aset mereka dirampas.- AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!