Baharudin terajui JSJ Selangor

Baharudin
Baharudin
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor akan diterajui Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib bermula pada 1 April ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib merakamkan setinggi penghargaan kepada pucuk pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas pengumuman tersebut.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan PDRM, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani serta seluruh pimpinan PDRM termasuk di Selangor iaitu kepada Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed di atas pelantikan ini.

"Tidak lupa juga saya ucapkan terima kasih kepada warga Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam yang bersama saya bertungkus lumus menjaga keamanan kesejahteraan Shah Alam," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Katanya, tugas yang akan diberikan ini dilaksana dengan penuh amanah dan tanggungjawab.

"Saya akan laksana dengan sepenuh komitmen, amanah dan tanggungjawab.

"Visi dan misi, Insya-ALLAH saya akan berikan ketika majlis serah tugas bakal diadakan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor kelak," katanya.

Beliau yang mula berkhidmat sebagai Ketua Polis Daerah Shah Alam pada 1 Februari 2018 mengakui kerjasama yang diterima oleh semua pihak sepanjang khidmatnya amat memberangsangkan.

Artikel Berkaitan:

"Alhamdulillah, sokongan dari semua pihak amat terbaik dan saya amat terharu dengan kerjasama yang diberikan," ujarnya.

Baharudin akan mengisi kekosongan jawatan Ketua JSJ Selangor dengan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC).

Beliau menggantikan Senior Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal yang dilantik sebagai Aide De Camp (ADC) atau pegawai pengiring Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 15 Disember 2021.

Pada Jumaat, PDRM mengumumkan kenaikan pangkat dan pertukaran jawatan membabitkan 121 pegawai kanan pasukan itu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!