MB Johor umum 10 barisan Exco baharu
JOHOR BAHRU - Seramai 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dilantik pada Sabtu bagi tempoh lima tahun ini selepas mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Senarai tersebut diumumkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap di kediaman rasmi Menteri Besar Johor di Saujana, di sini pada Sabtu.
Senarai Exco kerajaan negeri yang baharu adalah seperti berikut:
Exco Hasil bumi, Pentadbiran, Kewangan, Perancangan dan Pembangunan Ekonomi Negeri Johor, Onn Hafiz (ADUN Machap)
Exco Pertanian, Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Datuk Zahari Sarip (ADUN Buloh Kasap)
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor (ADUN Bukit Permai)
Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya Negeri Johor, K Raven Kumar (ADUN Tenggaroh)
Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Johor, Khairin Nisa Ismail (ADUN Serom)
Exco Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Sumber Manusia Negeri Johor, Mohd Hairi Mad Shah (ADUN Larkin)
Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid (ADUN Semerah).
Exco Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor, Ling Tian Soon (ADUN Yong Peng)
Exco Pelaburan Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna, Lee Ting Han (ADUN Paloh)
Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur Negeri Johor, Mohamad Fazli Mohamad Salleh (ADUN Bukit Pasir)
Exco Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norliza Noh (ADUN Johor Lama).
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!