Enam ketua Pemuda BN dilantik Exco Johor, dinasihat tolak rasuah

Asyraf di Facebook turut menjunjung kasih perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di atas pelantikan tersebut.
Asyraf di Facebook turut menjunjung kasih perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di atas pelantikan tersebut.
A
A
A

SHAH ALAM - Enam ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) yang dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Johor dinasihatkan agar menolak sebarang bentuk rasuah dan salah guna kuasa ketika menjalankan tugas.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, mereka perlu menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan berintegriti dengan mengutamakan rakyat berbanding diri sendiri.

“Menolak sebarang bentuk rasuah dan salah guna kuasa dan bekerjalah dengan sepenuh jiwa demi rakyat dan kecemerlangan negeri,” kata di Facebook pada Sabtu.

Enam ketua Pemuda PN antara muka baharu dalam senarai Exco Johor yang mengangkat sumpah jawatan hari ini.

Mereka adalah Ketua Pemuda UMNO Johor yang menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin, Mohd Hairi Mad Shah dan Ketua Pemuda UMNO Parit Sulong yang Naib Ketua Pemuda Johor, Mohd Fared Mohd Khalid (Semerah) serta Ketua Pemuda UMNO Pagoh, Mohamad Fazli Salleh (Bukit Pasir).

Tiga lagi, Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, Raven Kumar Krishnasamy (Tenggaroh); Ketua Pemuda MCA Ayer Hitam, Ling Tian Soon Ah Soon (Yong Peng) dan Ketua Pemuda MCA Semberong, Lee Ting Han (Paloh).

Ujar Asyraf, kepimpinan Pemuda BN menjunjung kasih perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di atas pelantikan tersebut.

“Terima kasih dan penghargaan juga kepada Menteri Besar Johor, Onn Hafiz kerana memberi kepercayaan dan benar-benar mencipta sejarah menampilkan majoriti anak-anak muda sebagai Exco Kerajaan Negeri.

Artikel Berkaitan:

“Sekaligus membuktikan bahawa UMNO dan BN adalah parti yang ‘walk the talk’ merealisasikan aspirasi anak muda untuk melibat sebuah Kerajaan yang berwajah baharu, muda dan malar segar,” katanya.

Majlis angkat sumpah Exco Johor berlangsung hari ini di Istana Bukit Serene susulan kemenangan BN yang memperoleh 40 daripada 56 kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-15.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!