Kelantan United mahu menang jumpa PDRM

Syamsul (kanan) memberikan taklimat kepada pemain Kelantan United menjelang pertemuan dengan PDRM di Stadium Cheras, pada Ahad. - Foto Kelantan United FC
Syamsul (kanan) memberikan taklimat kepada pemain Kelantan United menjelang pertemuan dengan PDRM di Stadium Cheras, pada Ahad. - Foto Kelantan United FC
A
A
A

KELANTAN United FC mahu melakar kemenangan sulung dalam saingan Liga Premier musim ini ke atas PDRM FC pada aksi di Stadium Cheras, Kuala Lumpur, pada Ahad.

Ketua jurulatih Kelantan United FC, Syamsul Saad berkata, kemenangan itu amat diperlukan sebagai tonik untuk mengharungi kempen liga musim ini.

"Berdepan Sang Saka Biru bukan tugas mudah buat kami, lagipun lawan mempunyai moral yang cukup tinggi selepas meraih kemenangan keatas Perak FC.

"Namun begitu, saya ingatkan pemain supaya kekal fokus dan memberikan aksi terbaik serta memanfaatkan setiap peluang terhidang dalam bentuk jaringan bagi memastikan tiga mata menjadi milik Kelantan United," katanya pada Sabtu.

Menurutnya, kekalahan pada aksi pembukaan di tangan Johor Darul Ta'zim II (JDT II) tidak mematahkan semangat pemain untuk bangkit berdepan PDRM FC.

Beliau berkata, segala kelemahan dalam aksi itu telah diperbaiki bagi memastikan Kelantan United berada di landasan terbaik mencuri mata di Cheras nanti.

Syamsul berkata, rata-rata barisan pemain sudah sedar mengenai misi besar mereka pada aksi itu nanti.

"Setakat ini kita telah melalui satu perlawanan namun kedudukan kita di tangga tercorot. Situasi itu tidak baik untuk moral pemain

Artikel Berkaitan:

"Jadi kami menetapkan untuk menewaskan PDRM FC kerana kami bukan sahaja mahu mengubah kedudukan carta itu malah tidak mahu ketinggalan jauh dengan pasukan lain," katanya.

Mengulas berkenaan keadaan terkini skuad Sang Kijang Hijau, Syamsul menjelaskan beberapa pemain yang cedera serta terkena jangkitan Covid-19 sudah kembali ke padang latihan.

"Kami menerima semula pemain yang cedera dan terkena Covid-19 namun tidak ada kecederaan terbaru melanda pasukan setakat ini."

"Mereka mungkin boleh beraksi tetapi berisiko. Pihak kejurulatihan akan memantau situasi tersebut, jika tidak dapat beraksi mungkin ada sedikit pertukaran akan dilakukan.

"Bagaimanapun, saya gembira kerana para pemain menunjukkan kesungguhan. Mereka beri komitmen untuk pertemuan dengan PDRM FC dan paling positif, pemain berjuang untuk merebut tempat dalam senarai pasukan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!