Kontinjen Perak bersedia lebih 90 peratus hadapi Sukma
KONTINJEN Perak sudah membuat persediaan melebihi 90 peratus bagi menghadapi Sukan Malaysia (Sukma) 2022 di Kuala Lumpur pada 28 September hingga 8 Oktober ini.
Exco Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Perak, Khairul Shahril Mohamed berkata, 500 atlet negeri ini konsisten membuat latihan dan persiapan sewajarnya sejak 2018 walaupun semasa negara dilanda pandemik Covid-19 ketika itu.
"Kontinjen Perak sudah lama melakukan persediaan rapi dan amat bersedia untuk menghadapi Sukma 2022,” katanya selepas menghadiri Pertandingan Boling Tenpin Para Perak 2022, di Ampang Superbowl, Seri Iskandar, di sini pada Sabtu.
Beliau berkata, pada temasya kali ini Perak meletakkan sasaran untuk meraih 50 pingat emas berbanding 39 emas yang dikutip pada edisi Sukma 2018, dalam 31 acara dipertandingkan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!