Aksi cemerlang Eriksen beri petanda positif

Christian Eriksen (depan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan Andreas Skov Olsen pada perlawanan persahabatan menentang Belanda. - Foto: EPA
Christian Eriksen (depan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan Andreas Skov Olsen pada perlawanan persahabatan menentang Belanda. - Foto: EPA
A
A
A

TONGGAK tengah Denmark, Christian Eriksen memberikan petanda positif apabila beraksi cemerlang pada aksi persahabatan antarabangsa berdepan Belanda di Johann Cruyff Arena pada Ahad.

Malah, Eriksen yang sebelum ini rebah dipercayai akibat serangan jantung (atau lebih tepat cardiac arrest dalam terma perubatan) ketika berdepan Finland di Stadium Parken, pada aksi Euro 2020, 14 Jun tahun lalu turut menjaringkan satu gol pada aksi persahabatan berkenaan.

Mengulas perkara berkenaan, Eriksen nyata gembira dengan senario berkenaan dan berharap dapat terus beraksi cemerlang bagi membantu kejayaan skuad The Danish Dynamite itu pada masa akan datang.

“Ia sesuatu yang ‘indah’ buat saya apabila dapat kembali beraksi bersama pasukan ini, di stadium ini yang banyak menyimpan memori pahit manis buat saya.

“Namun, sehingga kini, saya masih terkenangkan insiden saya rebah di Copenhagen ketika beraksi berdepan Finland pada Euro 2020 lalu dan ia masih segar di ingatan kerana ia merupakan sebahagian daripada saya dan dunia (bola sepak) ketika itu.

“Apa pun, insiden itu sudah berlalu dan saya mahu kembali memberikan fokus untuk beraksi dengan Denmark serta kelab saya, Brentford United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL),” katanya.

Pada aksi persahabatan berkenaan, Eriksen yang masuk selaku pemain gantian menjaringkan gol kedua Denmark pada minit ke-47 bagi merapatkan jurang setelah Jannick Vestergaard menjaringkan gol sulung pada minit ke-20.

Bagaimanapun Belanda mengesahkan kemenangan apabila menjaringkan gol menerusi Steven Bergwijn pada minit ke-16, 71, Nathan Ake (min-29) dan Mempis Depay menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-37, bagi mengesahkan kemenangan skuad Oranje itu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu pengendali Denmark, Kasper Hjulmand turut gembira dengan aksi yang dipamerkan Eriksen pada perlawanan berkenaan.

Katanya, Eriksen kini sudah bersedia secukupnya untuk kembali beraksi dan membantu kejayaan Denmarak pada perlawanan-perlawanan akan datang.

“Ia sesuatu yang melegakan apabila melihat dia (Eriksen), dapat kembali beraksi memperkuatkan pasukan ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!