16 GRO warga asing ditahan

Antara wanita yang disyaki GRO ditahan dalam serbuan di sebuah restoran di Sungai Besi pada Sabtu.
Antara wanita yang disyaki GRO ditahan dalam serbuan di sebuah restoran di Sungai Besi pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebuah restoran yang disyaki menyediakan khidmat wanita warga asing sebagai pelayan pelanggan (GRO) di Jalan Sungai Besi di sini, diserbu sepasukan anggota polis pada Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, seramai 18 individu termasuk 16 wanita disyaki GRO ditahan dalam serbuan pada jam 5.40 petang itu.

"Kita menahan, seorang wanita tempatan yang juga penjaga GRO, seorang lelaki tempatan disyaki pembantunya serta DJ (penyampai), 13 wanita warga China dan tiga wanita warga Vietnam yang bekerja sebagai GRO," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Habibi berkata, pemeriksaan awal mendapati premis berkenaan tidak mempunyai lesen perniagaan.

Selain itu katanya, polis turut merampas pelbagai peralatan audio dan jadual kerja bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6 (1) (c) akta sama dan Seksyen 4 (1) Akta Hiburan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1992.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!