Melaka benar jemaah rapatkan saf ikut saiz sejadah bermula 1 April

No Image Caption
A
A
A

MELAKA - Jemaah yang bersolat di semua masjid dan surau di negeri ini dibenar merapatkan saf mengikut saiz sejadah standard bermula 1 April selaras dengan fasa peralihan endemik Covid-19 di seluruh negara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata, kelonggaran itu diberikan kerana pengekalan jarak masih ada namun lebih rapat berbanding amalan sebelum ini iaitu penjarakan satu meter.

"Kita benarkan solat jemaah jaraknya adalah antara satu sejadah, jadi masih ada sedikit penjarakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan gudang syarikat peruncitan Baloy Sdn Bhd (Baloy) yang pertama di Melaka iaitu di Bukit Senjuang pada Ahad.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Baloy, Yen CY.

Melaka sebelum ini memberi kelonggaran kepada pengurusan masjid menggunakan budi bicara mereka sendiri untuk mengawal penjarakan jemaah.

Ia susulan kerajaan negeri tidak menetapkan secara rasmi kebenaran merapatkan saf seperti dilakukan di Perlis memandangkan Melaka mempunyai lebih 313 masjid dan surau bertaraf masjid yang menyediakan ruang mencukupi meskipun mengamalkan penjarakan fizikal. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!