Pemanah para raih dua perak, dua gangsa di Phuket

Suresh tewas 6-0 kepada pemanah tuan rumah, Hanreuchai Netsiri dalam perlawanan akhir recurve lelaki pada Ahad.
Suresh tewas 6-0 kepada pemanah tuan rumah, Hanreuchai Netsiri dalam perlawanan akhir recurve lelaki pada Ahad.
A
A
A

ATLET memanah para negara menamatkan saingan Kejohanan Memanah Para Asia Phuket 2022 di Thailand dengan meraih dua pingat perak dan dua gangsa, pada Ahad.

Juara dunia 2019, S Suresh terpaksa berpuas hati di tempat kedua dalam acara ranking dunia itu, selepas tewas 6-0 kepada pemanah tuan rumah, Hanreuchai Netsiri dalam perlawanan akhir recurve lelaki, siang tadi.

Pingat perak kedua negara diperoleh menerusi acara compound berpasukan campuran, setelah Wiro Julin dan Nur Jannaton Abdul Jalil tewas 151-138 kepada Praphaporn Homjanthuek-Comsan Singpirom dari Thailand.

Wiro dan Nur Jannaton masing-masing turut menggondol tempat ketiga dalam acara individu lelaki dan wanita, menewaskan pemanah Thailand dalam perlawanan penentuan pingat gangsa.

Wiro menewaskan Phromruethon Tanakhan 128-115 dalam acara lelaki, manakala Nur Jannaton menewaskan Rhomshalee Katemongkon 131-122. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!