Pengalaman pisahkan Sze Fei-Izzuddin, Fajar Alfian-Rian
KEMATANGAN memisahkan dua jagoan beregu Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani dan Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto dalam penentuan status pemenang kejuaraan Terbuka Switzerland pada Ahad.
Pada perlawanan akhir di St Jakobshalle, Sze Fei-Izzuddin yang tampil dengan status juara Jelajah Badminton Dunia - Terbuka Jerman sebelum ini memberi saingan sengit kepada Fajar Alfian-Rian dari Indonesia yang merupakan pilihan keempat kejuaraan.
Biarpun begitu Sze Fei-Izzuddin yang juga pilihan kelapan terpaksa akur pengalaman lawan apabila tewas set pertama 18-21 sebelum sekali lagi tewas pada set kedua 19-21 dalam masa 39 minit.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!