Ukraine dakwa komander rejimen kereta kebal Rusia bunuh diri

Sebuah kereta kebal Rusia musnah dalam pertempuran dekat bandar Trostianets, Ukraine baru-baru ini. - Foto Reuters
Sebuah kereta kebal Rusia musnah dalam pertempuran dekat bandar Trostianets, Ukraine baru-baru ini. - Foto Reuters
A
A
A

KIEV - Kementerian Pertahanan Ukraine mendakwa seorang komander rejimen kereta kebal tentera Rusia telah membunuh diri setelah mendapati kenderaan simpanan unit itu tidak diselenggarakan dan dalam keadaan yang teruk.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Ukraine berkata, komander Rejimen Kereta Kebal ke-13 Tentera Rusia dalam Divisyen Kereta Kebal ke-4 Persekutuan Rusia itu menembak dirinya sendiri berikutan situasi yang teruk selepas mengetahui keadaan kereta kebal unit itu.

Dalam kemas kini yang disiarkan di saluran Telegram kementerian berkenaan, ia juga menyatakan bahawa secara umumnya Tentera Rusia sedang bergelut dengan kenderaan tentera yang tidak diselenggarakan dengan baik dan menghadapi masalah untuk memulihkan peralatan ketenteraan.

Kementerian itu mendakwa Rusia sedang membina kemudahan penyimpanan dan pembaikan di wilayah Klimove, Bryansk untuk membaiki peralatan yang telah dilumpuhkan di medan perang.

Tentera Rusia menceroboh Ukraine pada 24 Februari lalu atas arahan Presidennya, Vladimir Putin. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!