Perubahan rejim pemerintahan Rusia bukan objektif NATO

Olaf Scholz - Foto AFP
Olaf Scholz - Foto AFP
A
A
A

BERLIN - Perubahan rejim di Rusia bukanlah objektif Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) walaupun pencerobohan Moscow ke atas Ukraine, kata Canselor Jerman, Olaf Scholz pada Ahad.

Beliau membuat kenyataan itu setelah Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden melabelkan rakan sejawatannya dari Rusia, Vladimir Putin sebagai penyembelih daging yang tidak boleh kekal berkuasa.

Perubahan rejim di Rusia bukan objektif NATO atau presiden AS, kata Scholz kepada saluran televisyen negara Jerman, ARD.

"Saya berkesempatan untuk berbicara panjang lebar dengannya (Biden) di Rumah Putih dan kami juga telah membincangkan persoalan ini," tambahnya seperti dilaporkan AFP.

Pada Sabtu, Rumah Putih menyiarkan komen Biden tentang Putin itu semasa Presiden AS tersebut berada di Warsaw, Poland baru-baru ini.

Setelah mengecam Presiden Rusia sebagai penyembelih daging berikutan pencerobohannya ke Ukraine, Biden berkata, pada akhir ucapannya itu bahawa: "Lelaki ini tidak boleh kekal berkuasa." - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!