Nikmati aksi Messi selagi masih ada: Scaloni
PENGENDALI Argentina, Lionel Scaloni meminta agar penyokong tidak terlalu memikirkan mengenai masa depan Lionel Messi bersama La Albiceleste.
Sebaliknya jurulatih berusia 43 tahun itu menggesa agar peminat menikmati persembahan yang ditampilkan pemenang tujuh kali Ballon d'Or selagi pemain itu masih beraksi bersama skuad kebangsaan.
"Selepas pernah bermain beberapa kali di Piala Dunia, semua orang perlu membuat penilaian sama ada mereka masih mampu untuk bersama skuad kebangsaan atau tidak.
"Jadi anda (peminat) perlu menikmati persembahan yang akan ditampilkan pemain selagi mereka masih ada. Ia adalah peraturan hidup bahawa pada satu ketika (persaraan) akan berlaku," katanya.
Terdahulu, Messi ketika sidang media selepas tamat aksi menentang Venezuela berkata, banyak perkara perlu dinilai oleh dirinya selepas kejohanan Piala Dunia di Qatar berakhir.
Susulan komen yang dikeluarkan Messi itu ramai pihak beranggapan bahawa ia umpama satu petanda dia akan bersara daripada bermain mewakili Argentina.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!