Presiden Palestin kecewa kerana Barat abai jenayah Israel

Tindakan Israel menyerang dan memusnahkan wilayah Palestin tidak diambil peduli secara serius oleh pihak Barat. - Foto AFP
Tindakan Israel menyerang dan memusnahkan wilayah Palestin tidak diambil peduli secara serius oleh pihak Barat. - Foto AFP
A
A
A

RAMALLAH - Presiden Palestin, Mahmud Abbas pada Ahad mengkritik sikap pilih kasih Barat yang menurutnya menghukum Rusia kerana menyerang Ukraine sambil mengabaikan jenayah Israel terhadap Palestin.

Mahmoud menyuarakan kekecewaannya itu ketika Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken mengunjunginya di Tebing Barat.

Beliau menyatakan demikian dalam taklimat akhbar dengan wartawan di kediaman Presiden Palestin di Ramallah yang turut dijajah rejim Zionis.

Mahmoud didakwa menyatakan kepada Bliken bahawa kejadian semasa di Eropah menunjukkan sifat pilih kasih yang terang-terangan.

"Walaupun terdapat jenayah penjajahan Israel yang membawa maksud pembersihan etnik dan diskriminasi kaum, kita tidak mencari siapa pun yang bersetuju bahawa Israel bertanggungjawab untuk berkelakuan di atas undang-undang," katanya seperti dilaporkan AFP.

Blinken turut memberitahu Mahmoud bahawa beliau mahu menghidupkan kembali hubungan AS dengan Palestin setelah musnah di bawah pentadbiran bekas Presiden AS, Donald Trump.

Namun, cabaran dari China dan kini pencerobohan Rusia di Ukraine menyebabkan Washington hanya menghabiskan masa yang sedikit untuk isu-isu Timur Tengah.

Sebelum ini Pihak Berkuasa Palestin yang diketuai oleh Mahmoud telah menimbulkan kemarahan para diplomat Barat kerana tidak mengecam serangan Rusia ke atas Ukraine.

Artikel Berkaitan:

Rusia kini menghadapi pelbagai sekatan ekonomi dari AS dan Barat kerana menyerang Ukraine. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!