Werner mula luah perasaan...
Werner (kiri) ketika menjalani sesi latihan.
A
A
A
Malah bekas pemain Red Bull Leipzig itu berkata, dia berasa lebih selesa bermain untuk skuad kebangsaan Jerman kerana perbezaan dalam gaya permainan.
"Saya seorang penyerang dan sentiasa mahu menjaringkan gol. Keadaan ini tidak berlaku seperti yang saya inginkan di Chelsea, sebaliknya menjadi lebih baik semasa mewakili Jerman di bawah kendalian Hansi Flick.
"Sejujurnya saya sangat suka bermain bola sepak, tidak kira di mana saya bermain seperti ketika bersama Red Bull Leipzig. Cumanya di Chelsea ternyata terdapat perbezaan ketara dalam gaya permainan berbanding bersama Jerman.
"Mungkin pasukan kebangsaan lebih sesuai dengan saya. Di sini, saya sentiasa mempunyai peluang menjaringkan gol selama mana yang saya mampu. Saya berasa sangat selesa di sini," katanya.
Untuk rekod, The Blues membeli Werner dari RB Leipzig musim panas lalu, namun penyerang Jerman itu tampak bergelut pada musim pertamanya beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL).
Selepas melakar kemenangan meyakinkan ke atas Israel di laman sendiri, Jerman akan berdepan Belanda di Johan Cruijff Arena, Amsterdam awal pagi Rabu dalam siri perlawanan persahabatan menjelang sepak mula Piala Dunia Qatar 2022 yang dijadualkan pada November depan.
Kemenangan 2-0 ke atas Israel itu menyaksikan Die Mannschaft berstatus pemenang Piala Dunia 2014 tersebut telah memenangi semua lapan perlawanan di bawah Flick bekas pengendali Bayern Munich.
Prestasi Werner bersama Chelsea musim ini menimbulkan persoalan apabila dia hanya meledakkan satu gol dalam 14 perlawanan dengan juara Liga Juara-Juara dan Piala Dunia kelab tersebut.
Biarpun dia sering menjadi perhatian pertahanan pasukan lawan berikutan pergerakan pintar dan larian pantasnya, namun Werner gagal memberikan impak dalam menterjemakan setiap percubaan dalam bentuk jaringan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!