Malaysia, Indonesia senada perhebat usahasama industri pertahanan

Hishammuddin. (Gambar kecil: hantaran Facebook Hishammuddin)
Hishammuddin. (Gambar kecil: hantaran Facebook Hishammuddin)
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Malaysia dan Indonesia senada untuk meningkatkan lagi usahasama Angkatan Tentera Malaysia dan Tentera Nasional Indonesia.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, ia termasuk mengukuhkan lagi kawalan sempadan Sarawak-Kalimantan, meningkatkan latihan bersama dan membawa kerjasama industri pertahanan ke tahap yang lebih tinggi.

“Sentiasa berbesar hati dapat mengadakan pertemuan dan perbincangan dua hala bersama rakan sejawat dari negara serumpun Indonesia, Menteri Pertahanan Indonesia, Prabowo Subianto.

“Keakraban yang terbina sekian lama telah memudahkan lagi pengukuhan kesefahaman terutama dalam konteks pertahanan.

“Saya dan Prabowo senada untuk meningkatkan lagi usahasama ATM dan Tentera Nasional Indonesia,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!