Gonzalez sudah tak sabar perkuat KDA FC
Gonzalez terlepas dua aksi awal Liga Super dan pusingan pertama Piala FA 2022 akibat kecederaan lutut yang dialaminya. -Foto KDA FC
A
A
A
Gonzalez tidak diturunkan dalam dua aksi Liga Super dan pusingan pertama Piala FA akibat kecederaan lutut dan pemain berusia 32 itu mengharapkan dapat diturunkan pada perlawanan ketiga Lga Super menentang Sri Pahang FC di Stadium Darul Aman pada 6 April.
"Saya tidak sabar untuk turun beraksi di hadapan penyokong KDA FC dan berharap cergas untuk menentang Sri Pahang FC. Jika tidak kali ini, mungkin akan diturunkan pada perlawanan seterusnya (menentang Selangor FC).
"Saya suka melihat sokongan yang diberikan oleh penyokong kepada pasukan ini dan tidak sabar untuk beraksi," katanya kepada pemberita semasa hadir di Majlis Pelancaran Jersi Ketiga KDA FC di Alor Setar baru-baru ini.
Gonzalez berkata, dia mengakui persaingan sihat berlaku di dalam skuad Sang Kenari bagi merebut kesebelasan utama malah Ketua Jurulatih, Aidil Sharin Sahak turut membuka ruang kepada semua pemain untuk membuktikan kemampuan setiap pemain.
Pemain kelahiran Les Escaldes, Andorra ini berpengalaman luas di pentas antarabangsa dengan beraksi di beberapa negara antaranya di Sepanyol, Finland, Norway dan negaranya Andorra.
Gonzales mempunyai 78 kap penampilan bersama skuad kebangsaan Andorra selain berpengalaman beraksi di Liga Sepanyol bersama skuad belia Real Madrid pada 2015 dan skuad kedua Ibiza pada 2009.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!