MetMalaysia uji siren amaran tsunami di Mersing esok

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR- Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) di Menara Tanjung Mersing, Johor, pada 9.30 hingga 10.30 pagi esok.

MetMalaysia menerusi ciapan di akaun rasmi Twitternya menasihatkan penduduk di kawasan sekitar menara itu agar tidak panik dengan bunyi siren tersebut.

Sebarang perubahan terhadap pelaksanaan ujian itu akan turut dimaklumkan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!