‘Jangan lapor wawancara Zelenskyy’
MOSCOW - Pengawal komunikasi Rusia memberitahu media tempatan agar tidak menyiarkan sebarang laporan mengenai wawancara Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy.
Dalam satu kenyataan pendek yang diedarkan pengawal itu di media sosial dan laman web, pihaknya berkata, sebuah syarikat akhbar Rusia telah melakukan wawancara bersama Zelenskyy.
“Rosmkomnadzor memberi amaran kepada media Rusia mengenai keperluan menyekat laporan ini daripada disiarkan,” katanya tanpa memberikan butiran sebab mengenai amaran tersebut. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!