'Kita ikut MKN'

Warga Kuantan berharap cadangan berbuka puasa di Padang MBK1 dapat dilaksanakan tahun ini selepas dua tahun tradisi itu tidak dibenarkan. (Gambar kecil: Wan Rosdy)
Warga Kuantan berharap cadangan berbuka puasa di Padang MBK1 dapat dilaksanakan tahun ini selepas dua tahun tradisi itu tidak dibenarkan. (Gambar kecil: Wan Rosdy)
A
A
A

KUANTAN - Kebenaran untuk aktiviti berbuka puasa di Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1 (MBK1) tertakluk kepada kelulusan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, keputusan kerajaan negeri juga bergantung kepada nasihat MKN.

"Mungkin mereka (MKN) akan luluskan, mungkin tidak lulus dan kalau lulus, mungkin ada syarat (tambahan) SOP dan sebagainya," katanya ketika sidang akhbar selepas mengumumkan pendaftaran permohonan bagi Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang (i-PUSH) di Wisma Sri Pahang pada Selasa.

Turut hadir Exco Jawatankuasa Hal Ehwal Felda, Koperasi, Usahawan dan Hal Ehwal Pengguna Pahang, Datuk Nazri Ngah.

Pada 23 Mac lalu, Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin memaklumkan pihaknya sudah mengemukakan cadangan bagi membenarkan aktiviti berbuka puasa di Padang MBK1 kepada kerajaan negeri dan MKN.

Berbuka puasa di Padang MBK1 antara tradisi yang dinanti-nantikan penduduk sekitar bandar raya Kuantan dan selain menjadi tumpuan pelancong.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!