Tetap gantung tugas jika degil: Amirudin

Amirudin ketika sidang akhbar selepas Majlis Menandantangani MoU bagi Kerjasama dalam Pengkongsian Data Kuantiti dan Kualiti Air Antara LUAS dengan Agensi Bekepentingan di Bangunan SSAAS di sini pada Selasa.
Amirudin ketika sidang akhbar selepas Majlis Menandantangani MoU bagi Kerjasama dalam Pengkongsian Data Kuantiti dan Kualiti Air Antara LUAS dengan Agensi Bekepentingan di Bangunan SSAAS di sini pada Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Semua guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) yang digantung tugas kerana tidak mengambil dos vaksin Covid-19 telah melalui beberapa siri rundingan dan konsultasi yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sejak Ogos tahun lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, mereka turut diingatkan mengenai risiko penggantungan tugas jika masih berdegil dan gagal mengambil vaksin berkenaan.

Amirudin berkata, walaupun pihaknya menghormati pendirian golongan tersebut untuk tidak mengambil suntikan vaksin namun keputusan penggantungan tugas tersebut dibuat untuk menjaga kesejahteraan komuniti, khususnya pelajar sekolah.

"Kita berulang kali melakukan proses konsultasi dan memaklumkan risiko ini (penggantungan tugas) bakal dihadapi kerana anak-anak kita harus dilindungi dan sihat.

"Kita hormati pendirian mereka tetapi untuk langkah-langkah tertentu yang membawa risiko (penularan Covid-19) kepada anak-anak dan guru di sekolah. Kita tak nak ambil risiko itu dan perlu pastikan anak-anak selamat," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi Kerjasama dalam Perkongsian Data Kuantiti dan Kualiti Air Antara Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dengan Agensi Berkepentingan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Amirudin berkata, keputusan untuk menggantung tugas guru KAFA merupakan perkara yang sukar dibuat tetapi perlu dilaksanakan bagi menjaga keselamatan masyarakat.

Pada Ahad, JAIS mula mengambil tindakan tegas kepada guru-guru KAFA di Selangor yang enggan mengambil vaksin Covid-19 dengan menggantung tugas mereka selama dua bulan.

Artikel Berkaitan:

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, jika pihak terbabit masih tidak melengkapkan dua dos vaksin Covid-19 sepanjang tempoh penggantungan tersebut, mereka juga boleh ditamatkan perkhidmatan serta-merta.

Menurutnya, tindakan tersebut dibuat berpandukan ketetapan dikeluarkan pihaknya berdasarkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan perkara sama kepada pegawai masjid dan jurunikah yang enggan divaksinasi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!