Facebook rasmi UiTM jadi sasaran warga maya
PUTRAJAYA - Laman Facebook rasmi milik Universiti Teknologi MARA (UiTM) menjadi sasaran warga maya melepaskan kemarahan susulan tular rakaman pensyarah yang didakwa menghina pelajar golongan B40.
Tinjauan Sinar Harian di laman Facebook UiTM mendapati setiap hantaran yang dimuatnaik universiti terbabit menerima kecaman warganet.
Selain menuntut pengurusan UiTM memberi penjelasan, mereka juga menggesa tindakan diambil terhadap pensyarah berkenaan.
Sinar Harian juga sedang mendapatkan maklum balas daripada Kementerian Pengajian Tinggi berhubung perkara tersebut.
Awal pagi ini, tular rakaman video pensyarah melepaskan kemarahan terhadap salah seorang mahasiswa semester lima yang tidak mempunyai komputer bagi membolehkan tugasan dilaksanakan.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!