UiTM diminta beri penjelasan: Noraini

Foto Ciapan Twitter Noraini Ahmad (Gambar kecil: Noraini Ahmad)
Foto Ciapan Twitter Noraini Ahmad (Gambar kecil: Noraini Ahmad)
A
A
A

PUTRAJAYA - Universiti Teknologi MARA (UiTM) diminta memberi penjelasan berhubung rakaman video yang memaparkan seorang pensyarah memarahi pelajar yang tidak mempunyai komputer selain disifatkan menghina golongan B40.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad berkata, beliau telah menghubungi pihak UiTM untuk penjelasan lanjut.

"Saya ambil maklum mengenai isu dan video yang tular ini dan telah berhubung dengan pihak @uitmofficial untuk meminta penjelasan mereka," ciapnya di Twitter pada Rabu.

Pada awal pagi Rabu, video yang berdurasi 1.44 itu tular di media sosial.

Pensyarah tersebut mempersoalkan salah seorang pelajarnya yang hanya menggunakan telefon bimbit untuk pembelajaran.

Rakaman itu seterusnya mengundang pelbagai reaksi oleh warga maya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!