Mangsa kedua lemas di Lata Hammer ditemui

Mayat mangsa insiden lemas di kawasan air terjun Lata Hammer dibawa keluar dari lokasi kejadian oleh pasukan penyelamat, pada Rabu. Foto Ihsan JBPM Pahang.
Mayat mangsa insiden lemas di kawasan air terjun Lata Hammer dibawa keluar dari lokasi kejadian oleh pasukan penyelamat, pada Rabu. Foto Ihsan JBPM Pahang.
A
A
A

BENTONG - Mayat mangsa kedua dalam insiden lemas di kawasan air terjun Lata Hammer, di sini akhirnya dijumpai selepas empat hari operasi mencari dan menyelamat, pada Rabu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, mayat Haneef Abdul Hafidz, 22 dari Taman Selaseh Jaya, Batu Caves, Selangor itu ditemui pada jam 10 pagi kira-kira 100 meter dari tempat kejadian.

Mayat mangsa kedua insiden lemas di kawasan air terjun Lata Hammer ditemui pasukan penyelamat, pada Rabu. Foto Ihsan JBPM Pahang.
Mayat mangsa kedua insiden lemas di kawasan air terjun Lata Hammer ditemui pasukan penyelamat, pada Rabu. Foto Ihsan JBPM Pahang.

"Mayat mangsa ditemui oleh anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Pada Ahad, sekumpulan lelaki mandi di kawasan air terjun tersebut sebelum seorang daripada mereka maut akibat lemas manakala seorang lagi hilang.

Mangsa pertama, Hairul Zaman Abdul Jalil, 22, dari Kampung Changkat di Gombak, Kuala Lumpur ditemukan pada jam 8.16 malam pada Ahad lalu.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!