Kampung Agong

No Image Caption
A
A
A
Kampung Agong yang terletak di Penaga bersedia menerima pelancong asing berikutan pembukaan sempadan negara bermula 1 April ini. Menurut pereka Kampung Agong, Khairul Anwar Othman, pelbagai persiapan mengikut prosedur operasi standard (SOP) telah dilakukan seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi memastikan setiap pengunjung mematuhi SOP. Pelancong tempatan yang mengunjungi pusat pelancongan itu berpeluang menikmati nostalgia kehidupan kampung masyarakat Melayu selain dapat bergambar dengan berlatarbelakangkan panorama desa dan merasakan sendiri suasana kampung tradisi. Pembukaan sempadan negara pada Jumaat ini adalah sebagai langkah pemulihan negara khususnya dalam sektor ekonomi dan pelancongan. Lebih dua tahun sempadan negara ditutup bagi mengekang penularan Covid-19. Kelihatan dua pekerja Kampung Agong membuat kerja-kerja pembersihan di setiap sudut kunjungan pelancong bagi memastikan keselamatan kesihatan pengunjung. - Foto Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Program Dua Tahun Kerajaan MADANI

No Image Caption
GALERI

Demonstrasi menyelamat Pasukan Polis Marin

No Image Caption
GALERI

Tinjauan banjir di Kuala Terengganu

No Image Caption
GALERI

Aktiviti Musim Tengkujuh