Sorok duit: Pembantu kedai didakwa

Tertuduh ketika di bawa keluar dari Mahkamah Majistret, atas pertuduhan menyembunyikan wang penipuan hasil penyamaran sebagai polis.
Tertuduh ketika di bawa keluar dari Mahkamah Majistret, atas pertuduhan menyembunyikan wang penipuan hasil penyamaran sebagai polis.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Seorang pembantu kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan menyembunyikan wang penipuan hasil penyamaran sebagai polis, dua tahun lalu.

Tertuduh, Muhamad Hazuan Ab Ghani,32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret, Teoh Shu Yee.

Berdasakan pertuduhan, tertuduh didakwa menyembunyikan sesuatu harta melalui akaun CIMB miliknya iaitu wang hasil penipuan penyamaran sebagai pihak polis daripada Tay Siew Leng,50, berjumlah RM32,000 yang mana kesalahan itu dilakukan di CIMB Jalan Bendahara di sini, 9 Mac 2017.

Muhamad Hazuan didakwa mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal mencadangkan jaminan RM10,000.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam menitiskan air mata dan merayu jumlah berkenaan dikurangkan dengan alasan hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan bayaran gaji RM30 sehari di Johor Bahru.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dalam kalangan ahli keluarga serta menetapkan 22 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!