Malaysia sedia penuhi keperluan minyak sawit mampan

Malaysia bersedia membantu dan memenuhi keperluan minyak sawit mampan bagi menggantikan minyak bunga matahari di tengah-tengah kekurangan yang teruk di pasar raya di Iceland.
Malaysia bersedia membantu dan memenuhi keperluan minyak sawit mampan bagi menggantikan minyak bunga matahari di tengah-tengah kekurangan yang teruk di pasar raya di Iceland.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) berkata, Malaysia bersedia membantu dan memenuhi keperluan minyak sawit mampan bagi menggantikan minyak bunga matahari di tengah-tengah kekurangan yang teruk di pasar raya di Iceland.

"Minyak sawit mampan adalah pengganti minyak bunga matahari yang berdaya maju, dan sementara perang di Ukraine memberi kesan terhadap bekalan dan harga makanan yang tidak dapat dielakkan, Malaysia bersedia untuk membantu,” kata Pengerusi MPOC, Larry Sng Wei Shien dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada Isnin, akhbar Daily Telegraph United Kingdom melaporkan bahawa syarikat pasar raya Iceland Foods Ltd dipaksa untuk membatalkan larangan terhadap minyak sawit daripada produk dan raknya di tengah-tengah kekurangan bekalan minyak bunga matahari yang teruk, iaitu bahan ruji dalam pelbagai produk makanan.

Pada 2018, pasar raya Iceland berikrar untuk mengeluarkan minyak sawit daripada semua makanan jenamanya sendiri kerana dakwaan minyak sawit adalah salah satu pendorong utama penebangan hutan.

Larry berkata, kempen Iceland Foods terhadap minyak sawit sering mengabaikan peralihan industri ini ke arah kemampanan, sebaliknya hanya bergantung kepada stereotaip lapuk untuk dijadikan tajuk berita.

"Realitinya minyak sawit lebih efisien berbanding minyak bunga matahari, jadi kami mampu memenuhi permintaan Britain dan Eropah menggunakan lebih sedikit keluasan tanah serta mencapai cita-cita 100 peratus minyak sawit mampan kami di Eropah dalam proses itu,” tambahnya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!