Hujan lebat, 30 rumah di Bukit Antarabangsa terjejas banjir kilat

Hujan lebat menyebabkan lebih 30 rumah di Jalan Mulia, Bukit Antarabangsa, Ampang terjejas akibat banjir kilat pada Rabu.
Hujan lebat menyebabkan lebih 30 rumah di Jalan Mulia, Bukit Antarabangsa, Ampang terjejas akibat banjir kilat pada Rabu.
A
A
A

AMPANG - Sekurang-kurangnya 30 buah rumah di Jalan Mulia, Bukit Antarabangsa di sini terjejas banjir kilat pada petang Rabu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, dalam kejadian jam 6.35 petang itu, hujan lebat menyebabkan sistem saliran tidak dapat menampung limpahan air dari bukit berhampiran.

Menurutnya, kejadian itu menyebabkan kawasan tersebut ditenggelami banjir separas 0.3 meter dan kembali surut secara berperingkat.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Pandan Indah dikejarkan ke lokasi banjir kilat di Jalan Mulia, Bukit Antarabangsa bagi memberi bantuan.
Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Pandan Indah dikejarkan ke lokasi banjir kilat di Jalan Mulia, Bukit Antarabangsa bagi memberi bantuan.

"Tiada pusat pemindahan dibuka susulan kejadian tersebut," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Pada Rabu, video berdurasi 15 saat yang memaparkan keadaan di lokasi kejadian yang ditenggelami banjir telah tular di media sosial.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!